.

Saturday 26 November 2011

doa akhir dan awal tahun hijrah

Mari kita sama2 membaca doa awal dan akhir tahun bagi tahun nie..smoga tahun nie kita diampunkan dosa yg lalu dan tahun dpn kita akn memperbaiki diri kita utk menjadi hamba yg lebih baik dan beriman..

Maksud Doa (Akhir tahun):
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


Maksud Doa (awal tahun):
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.



Thursday 17 November 2011

Sekalung takziah



TAKZIAH DAN ALFATIHAH diucapkan kepada keluarga Tuan Ahmad Rani bin Ali Hanafiah, Pengarah Politeknik Seberang Perai kerana telah kembali ke Rahmatullah pada 17 November 2011 bersamaan dengan 21 Dzulhijjah 1432 H. Sehubungan dengan itu, aku selaku warga PSP merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Al-fatihah.
sedih plak dengaq brita kematian pengarah nie..x sempat nk jumpak dia..Almaklumla dlm mood li lg nie..apa2 pun dia mmg pengarah poli pling baek yg pernah aku kenai..lmbut je orgnyer..Moga dia tenang dan bahagia di sana..

Tuesday 15 November 2011

First blog


Salam..
Hi semua!!!
Ari nie merupakan ari first aku wat blog...Rasa mcm susah sngt!!huhuhu..
Tp bila dah mula wat mmg syok giler...rasa nk ngadap je bnda alah nie 24 jam..hehe...
Apa2 pn aku pling nk ucap tima kasih kat 2 org sahabat aku nie yg sudi ajaq aku wat blog...
thanks bngat yer yusmar n tasa...hehe..
syg ampa 2....syg ker???hehhehe..
tepuk dada tny sama ati ler jwbnyer..hihihihihi..